Friday, May 12, 2023

Diari lepaskan rasa

Mengemas buku-buku lama dekat kampung . Sambil lupuskan apa yang patut . Banyak sungguh diari saya  Diari ketika fasa remaja . 

Saya anak sulung dalam keluarga , pastinya banyak rasa silih berganti.Banyak ketikanya terpaksa matang sebelum usia . Kakak sulung perempuan adik-adik ramai faham apa maksud saya .

Mak ayah berkerja . Pernah juga bertahun - tahun mak ayah PJJ .Bila ayah dapat balik kerja dekat , mak pula sambung belajar sepenuh masa , hujung minggu berulang alik dari pantai timur ke KL.

Pasti tanggungjawab mendidik adik - adik diletakkan di atas bahu saya tanpa sedar ,uruskan mana yang patut.Kadang daftarkan tuisyen adik dan diri sendiri.Pergi balik sekolah dengan bas awam.

Orang kata saya kuat semangat.Sekuat mana pun ,sekental manapun orang kuat tu ,dia juga manusia.
Ada ketikanya letih , tapi tanggungjawab buatkan dia bertahan 

'Dalam masa sama saya ada masalah gangguan . Saya tanggung tanpa bagitahu mak ayah hampir bertahun - tahun lamanya . Dari umur 13tahun sehinggalah saya masuk matrikulasi. 

Mungkin kita nampak mak ayah dah kalut uruskan adik - adik . Tak nak pula bebankan dengan masalah lain .

Pernah juga putus cinta, sesiapa pun tak salah . Tapi sebab bertemu masa yang tidak sesuai . Saya masih lagi nak kejar cita-cita .Akhirnya kami berpisah cara baik. 

Saya belajar, 
“Cinta tak semestinya memiliki , melihat dia bahagia pun dah cukup .”

Mulai saat itu saya belajar jangan bagi 100% cinta , tinggalkan juga untuk diri sendiri ,sekurangnya terjadi pape cepat rasional dan bangkit .Sakit  bila diberi sepenuhnya. Sekurangnya saya belajar sesuatu.

Saya sendiri tak pasti macammana saya hadap , kuat hadapi semua fasa-fasa tu .Semuanya Allah swt izinkan.

Selain solat malam dan amalan -amalan agama .Rasanya diari - diari ni lah yang membantu saya mengeluarkan segala apa saya rasa . 

Cara saya tulis dalam diari, 

Hari ni aku …(sedih)..sebabnya ….bla bla ...

Lepaskan segala rasa yang dirasa . Sebelum kita mengambil hikmah darinya.InshaAllah kita akan makin  lega.

Bukanlah bermaksud masalah tu dah hilang . Sekurangnya kita makin tenang dan otak makin rasional mencari solusi .Kita  dapat kenal pasti isu sebenar .Ambil pengajaran darinya, kemudian  kita move on .

Tapi jangan pula pergi baca balik beria - ia . Sejujurnya saya tak pernah baca balik pun diari - diari saya Walau ketika saya nak lupus . Biarlah kenangan-kenangan tak enak itu berlalu . 

Cukuplah saya mengambil hikmah dan pengajaran daripada peristiwa - peristiwa itu . Let it go , move On .

Tak salah kita ‘down ‘ . Nama lagi manusia . Cuma jangan berlama - lama.Risau nanti bila badan lemah , syaitan pula cucuk jarum . Makin melarat nanti.

Ada masalah jangan duduk setempat . Keluar pada rumah , bersenam .Usahakan keluarkan hormon oxytocin,hormon -hormon gembira yang lain. Dapatkan cahaya matahari . 

Cuba lah mungkin membantu melegakan apa yang dirasa .

Andai tak berkesan,diluar kawalan, dapatkan orang yang sepatutnya , kaunselor atau orang- orang amanah menjaga kerahsiaan 

Kalau tanya saya , kaunselor lah . Untuk saya tak best kalau orang terdekat tahu melainkan dia ada solusi .

Antara saya buat sekarang bila ada masalah, saya akan berjumpa atau berkenalan dengan orang - orang baru. Keluar taman, borak - borak hal sekeliling dengan sesiapa saja yang jumpa. 

Bebaskan otak sekejap dari fikir masalah bila berborak perkara yang tiada kaitan.Lagi ada masalah ,lagi saya keluar 

Renung langit ditempat tak ada halangan , otak yang lemas pun rasa luas .Barulah otak saya lapang mencari solusi yang terbaik . 

Sekarang saya amalkan buku syukur dan buku kata-kata inspirasi .Mungkin juga faktor usia , makin berdamai dengan ujian . 

Tipulah tak ada rasa down ,belajar daripada pengalaman lepas - lepas ,saya tidak berlama - lama melayan .

Ada juga tulis diari kalau masalah berat . Terus koyak lepas tu , masukkan dalam tong sampah . 

Hanya ambil pengajaran saja , tulis dalam buku inspirasi untuk ingatan pada masa depan .
Buku inspirasi dan buku syukur saya cerita dalam posting lain .

Semoga membantu

Love🌷
Keisha
#PujuklahRasa


Mendaki dengan kemampuan kita...

Scroll medsos nampak orang melancong ke situ ke sini , makan dekat restoran mewah . 
Kita kagum dalam masa yang sama rasa ‘down’ . 

Andai boleh ditukar tempat dengan dia , belum tentu kita mampu tampung ujian yang datang sekali kejayaannya itu.

Nampak yang indah je, yang kita tak nampak ...

Setiap kejayaan akan datang sekali dengan tanggungjawab . 

Tanggungjawab langsaikan hutang , bayaran sewa kedai , gaji staf , komisyen agent dan lain-lain .

Macam itik berenang lah . Nampak tenang je berenang , kaki yang kalut mengayuh tu kita tak nampak 

Jadi diri sendiri. Bersyukur dengan apa yang ada, kejar impian kita dalam kemampuan kita sendiri dgn apa yang kita ada .

Andai diuji, masih lagi dalam kawalan kita . 

Kadang Allah swt tak bagi lagi bukan saja - saja . Allah nak kuatkan jiwa kita dulu , sebelum diberi amanah besar 

Kejayaan juga amanah . Kerana  dengan kejayaan itu ada tanggungjawab  sekali .

Love🌷
Keisha
#PujuklahRasa

( Nota:Sekarang pun ada kejayaan tipu-tipu. Dibayar berlakon jadi kaya raya di medsos untuk review restoran etc . Jangan taksub sangat kagum di medsos ni)

Wednesday, May 10, 2023

Hidup Ini Tentang Datang dan Pergi

Kadang bila kawan tu berjaya , dia duk level lain dah

Biarlah dia , asal kita sentiasa membumi , rendah hati . 

Nak meninggi setinggi langit pun , setakat mana je boleh pergi .Akhirnya kita DIPAKSA turun ke bumi juga.

Bawa amalan sendiri2 je nanti , harta dunia tinggal pada orang yang masih hidup.

Teringat seseorang pernah berkata , hidup ni elakkan kemelekatan , baru bahagia . 

Semua yang disekeliling akan datang dan pergi .

Apa yang ada disekeliling hargai , berterima kasih.Sentiasa usahakan bagi yang terbaik yang termampu,tapi elakkan kemelekatan .

 Jangan beria -ia nak pegang 

 Bersungguh - sungguh pegang ,kita akan sakit. 

Maafkan semua orang dan diri sendiri.

Hayati saja setiap detik,sibukkan diri

 

Love🌷
Keisha
#PujuklahRasa

Hai! Selamat Berkenalan

 

Assalamualaikum, hai! Saya Keisha . 

Tidak ada apa pun menarik tentang diri saya .

Tapi saya punya banyak impian.Impian-impian itulah yang selalu menghidupkan saya, menghidupkan hari - hari saya . 

Saya suka alam.

 Bila saya serabut ,lemas dalam ujian . Saya suka merenung langit 

Langit yang luas terbentang, terasa kebesaran-Nya. Rasa Allah swt ada dengan saya

Langit yang luas tanpa tongkat Allah swt boleh cipta, apalah sangat masalah saya , lagilah  Allah swt mampu selesaikan ,tunjukkan jalan keluar.

Menambahkan lagi keyakinan saya. 

Cubalah tenung langit ,cari kawasan pantai atau padang ,tempat tak ada halangan.

Saya sangat suka buku terutamanya buku fizikal.Tempat saya berehat sebentar daripada kehidupan yang laju .

Dengan membaca buku , saya boleh jimat bertahun - tahun,bila saya belajar , mengambil hikmah daripda pengalaman_ orang -orang lain .

Buku juga membolehkan saya merasai pelbagai perasaan dan pengalaman orang.  Menajamkan common sense saya .

Buku membolehkan saya melihat sudut pandang insan lain dan mematangkan pemikiran saya.

Saya suka menulis, menulis untuk diri sendiri, tulisan - tulisan saya akan saya baca barkali-kali ,nak lagi ketika saya down .

Sebelum ni saya menulis di fb sekadar only me .Juga  cara saya mengurangkan bising dalam kepala saya.

Saya intovert,orang introvert ni nampak senyap tapi dalam kepala bising, otak sentiasa jalan berfikir, yang tak ada kaitan dengannya pun difikirkan sekali, bila menulis saya rasa lega .

Memandangkan saya dah nak hampir 40an,azam terbaru saya nak menulis sebagai tatapan anak-anak saya yang bakal jadi remaja

Sekurang -kurangnya bila  saya tiada nanti ,tulisan -tulisan saya boleh jadi peneman ,memujuk mereka .Andai ada kebaikan ,ambillah .

Sayang sayang untuk semua yang sudi singgah di sini.


Love,

Keisha