Scroll medsos nampak orang melancong ke situ ke sini , makan dekat restoran mewah .
Kita kagum dalam masa yang sama rasa ‘down’ .
Kita kagum dalam masa yang sama rasa ‘down’ .
Andai boleh ditukar tempat dengan dia , belum tentu kita mampu tampung ujian yang datang sekali kejayaannya itu.
Nampak yang indah je, yang kita tak nampak ...
Setiap kejayaan akan datang sekali dengan tanggungjawab .
Tanggungjawab langsaikan hutang , bayaran sewa kedai , gaji staf , komisyen agent dan lain-lain .
Macam itik berenang lah . Nampak tenang je berenang , kaki yang kalut mengayuh tu kita tak nampak
Jadi diri sendiri. Bersyukur dengan apa yang ada, kejar impian kita dalam kemampuan kita sendiri dgn apa yang kita ada .
Andai diuji, masih lagi dalam kawalan kita .
Kadang Allah swt tak bagi lagi bukan saja - saja . Allah nak kuatkan jiwa kita dulu , sebelum diberi amanah besar
Kejayaan juga amanah . Kerana dengan kejayaan itu ada tanggungjawab sekali .
Love🌷
Keisha
#PujuklahRasa
Keisha
#PujuklahRasa
( Nota:Sekarang pun ada kejayaan tipu-tipu. Dibayar berlakon jadi kaya raya di medsos untuk review restoran etc . Jangan taksub sangat kagum di medsos ni)
No comments:
Post a Comment